SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA.

HARI GURU 2011

Pada tanggal 16 Mei 2011 merupakan satu tarikh yang bermakna buat insan yang bergelar guru. SK.Kota tidak melepaskan peluang yang ada untuk membuat sambutan hari guru peringkat sekolah kota yang diadakan dengan sederhana tapi agak meriah kalau nak di bandingkan dengan sambutan yang sebelumnya. Kepada semua insan yang bergelar guru hayatilah bait dibawah ini.

Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.

Guru - atap ganti ketika pondok bocor,
ketika sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia - sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara dharma,
memesan angin menghikmahkannya.

Guru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah,
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya,
atas lambungan laut, merangsangkan
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru - minda segar dan kukuh akar,
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan,
walau diambilnya kemball semua buku,
sempat ditinggalkan asas i1mu.

Guru adalah batin suci hatinurani,
penjunjung budi, manusia yang takwa,
obor hemah kehidupan bangsa.

A. SAMAD SAID
2 APRIL 1988



Written by

0 ulasan: