Majlis Maulud Nabi Peringkat Sekolah Kebangsaan Kota
Hari Guru 2015
Persaraan Guru Besar SKKOTA Pn. Jasmiah Hj. Mustaffa
Sekolah Kebangsaan Kota Negeri Sembilan
Anugerah Festival Nasyid dan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Rembau
Persaraan GPK HEM Pn Kamariah Bt. Kamarudin
Sekolah Kebangsaan Kota Negeri Sembilan
SELAMAT DATANG KE LAMAN SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA.

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH 2016 - SSQS 2016

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification (SSQS) mulai 15 Julai hingga 30 Ogos 2016 untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program Pembestarian Sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan (k-econnomy).

Bagi tujuan tersebut, sekolah-sekolah KPM akan melaksanakan penarafan melalui pautan seperti di bawah:


atau KLIK pada icon SSQS 2016

ssqs2016

KLIK TOKEN UNTUK DAPAT TOKEN ANDA:



Read more

Pelaksanaan Kursus iTHNK Dalam Talian (KiDT) 2016

Kursus i-THINK Dalam Talian (KiDT) kini telah dibuka semula . Pada 21 April 2015, ia telah ditutup dan dijalankan secara luar talian (offline). 

Pada 1 Disember 2015, KiDT telah dibuka semula di laman web MyGfL (http://mygfl.moe.gov.my/). Guru-guru yang masih belum mengikuti atau tamat kursus i-THINK hendaklah mengikuti kursus ini . Guru-guru boleh rujuk tatacara dan arahan dalam i-THINK User Instructions dalam i-THINK User Installation Guide dan i-THINK User Course Manual.

Pelaksanaan seluruh negara melibatkan sekolah rendah dan sekolah menengah telah bermula pada 11 Januari 2016. Pelaksanaan ini adalah berdasarkan Surat Siaran Pelaksanaan KiDT bertarikh 7 Januari 2016 yang dikeluarkan oleh KPM.





Read more

DAFTAR SSQS 2015


KLIK UNTUK MELIHAT TOKEN ANDA = TOKEN

SILA LOG IN DENGAN MENGUNAKAN TOKEN YANG DIBERIKAN DAN JAWAB SEMUA SOALAN DALAM MASA TEMPOH 6 Julai - 30 Ogos 2015
20 hari sahaja lagi sebelum Tarikh Akhir Pengisian



Read more

Majlis Sambutan Peristiwa Israk & Mi'raj Nabi SAW 1436 Hijrah.

Pada 29 Mei 2015 yang lalu Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama semua warga SKKOTA telah menganjurkan satu Majlis Sambutan Peristiwa Israk & Mi'raj Nabi SAW 1436 Hijrah. Diantara acara yang dibuat adalah Kuiz Perdana , Pertandingan Azan, dan Tulisan Khat Jawi.
Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran Al-fadhil Ustaz Humaidi B. Hashim tenaga pengajar Madrasah  Haji Ibrahim Bongek Rembau.







Read more

Hari Guru Peringkat SKKOTA 2015

Pada 16 Mei merupakan tarikh keramat buat semua yang bergelar "Guru" ataupun "Cikgu" hari yang diperuntukkan untuk menyambut Hari Guru Semalaysia. Pada Tahun ini Skkota memilih 18 Mei sebagai tarikh untuk menyambut hari tersebut di peringkat Sekolah . Tema Hari Guru pada Tahun ini adalah:
Semoga Guru berjaya membina Ilmu dan Aklak murid zaman abad ke 21 ini.


 Guru berarak ke Dewan Utama dengan diiringi paluan kompang dari pasukan Kompang Selawat SKKOTA.







Diantara acara yang dipersembahkan oleh warga guru skkota..



Read more

Pertandingan Sekolah Bersih Peringkat Daerah Rembau.

Pada 5 Mei sehingga 17 Mei Sw Corp telah menganjurkan Pertandingan Sekolah Bersih Peringkat Daerah Rembau bagi tahun 2015, SKKOTA telah mengambil bahagian dalam pertandigan tersebut dan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.









Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Datuk Ab Rahim Md Noor, bersama YB Zaiful Bahri Adun Chembong bergambar dengan tong bercorak yang merupakan inisiatif pelajar sekolah yang telah dipilih  bagi menyertai Pertandingan Sekolah Bersih Peringkat Daerah Rembau.




Read more

Majlis Festival Nasyid dan Kompang Selawat Peringkat Negeri Sembilan 2015.

Setelah mendapat Johan Kompang Selawat di peringkat Daerah Rembau pada 1 April yang lalu pasukan Kompang Selawat SKKOTA mewakili Daerah Rembau ke Peringkat Negeri di SMK Sri Rusa Port Dickson untuk bertanding dalam acara Kompang Selawat Sekolah Rendah. Sebanyak 9 Pasukan menyertai acara tersebut yang mewakili daerah masing-masing. Pasukan Kompang Selawat SKKOTA sekali lagi berjaya mengekalkan kejohanan dalam acara tersebut. dan akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan pada bulan Ogos ini.






Read more